Monday, 30 December 2013

Pusingan “U” Di Jalanraya Bahaya!

Kebanyakan orang akan melaksanakan pusingan “U” kiranya sudah berjalan salah. Sebenarnya, sekiranya di tinjau kembali, tindakan ini amat merbahaya. Juga, ia melanggar peraturan Seksen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Dendanya is RM300.

Kalau demikian, apakah tindakan sebenarnya dalam keadaan begini? Dalam artikal yang serba ringkas ini, saya akan cuba ketengahkan suatu cara memandu yang di ajarkan kepada saya oleh Allahyaham bapa yang merupakan seorang pemandu lori.

Cara Membuat Pusingan “U” Yang Lebih Selamat

Sekiranya dapati kita telah salah jalan, teruskan berjalan sehingga sampai ke suatu simpang tiga atau lorong (jalan kecil). Memandulah masuk ke jalan tersebut.

Berhenti, dan kemudian “undur” atau “gostan” hingga ke jalan besar, intai kedua-dua belah jalan tiada kenderaan yang datang, kemudian barulah undur masuk ke jalan besar, di ikuti dengan memandu ke arah hadapan dengan beberapa cepat yang boleh.

Nasihat tersebut di atas merupakan tunjuk ajar yang baik sekali dan sekirannya boleh, patut di amalkan kita sebagai pemandu. Ini langkah yang lebih selamat.

Kalau dalam usaha kita mencari sesuatu jalan kecil bercabang ke sebelah kiri, kita tidak berjaya pun, tidak mengapa. Cari pula lorong atau jalan kecil ke sebelah “kanan” jalan.

Tindakan masuk ke jalan atau lorong di laksanaakan. Seperti penjelasan awal di atas, “gostan” atau undur ke paras jalan besar, berhenti, intai bahawa tiada kenderaan yang datang dari kedua-dua tepi atau arah, di ikuti pula kemudian dengan berjalan ke hadapan.

Di harap tunjuk ajar yang saya utarakan di artikal pendek ini dapat membawa manfaat kepada anda semua!

Hara anda akan memandu dengan selamat.

Dipetik daripada: http://driving-school.com.my/undang-undang/cara-selamat-untuk-membuat-pusingan-u-di-jalan-raya/

Wednesday, 18 December 2013

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda

Mendisplinkan diri

Terdapat beberapa kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya. Antaranya, kita dapat mendisplinkan diri ketika menggunakan jalan raya. Apabila kita berada di jalan raya, kita mestilah ingat bahawa terdapat undang undang keselamatan jalan raya. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan dengan mematuhi papan tanda jalan raya. Bukan itu sahaja, malah kebaikan dan keselesaan kita sendiri.

Melancarkan trafik lalu lintas

Seterusnya, papan tanda jalan raya melancarkan laluan trafik laluan lintas. Lazimnya papan tanda “ dilarang melatakkan kendaraan “  diletakkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan. Jika jalan tersebut dipenuhi dengan kenderaan, pastinya kesesakan yang berlaku akan berlarutan.  Pastinya keadaan ini akan menyusahkan pengguna yang lain. Lebih lebih lagi jika terdapat ambulan yang membawa pesakit yang cedera parah dan memerlukan rawatan segera, tersekat di jalan raya kesan daripada pengguna yang tidak mematuhi papan tanda jalan raya.

Mengelak berlakunya kemalangan

Selain itu, kepentingan papan tanda jalan raya ialah mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nnyawa orang tersayang. Sering erpapar di media massa yang terdiri daripadamidea elektronik dan media cetak akan tragedi-tragedi  yang menyayat hati yang kebanyakkannya berpunca daripada pemandu pemandu yang tidak bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak kanak melintas di hadapan. Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bresalah turut terlibat.

Meningkatkan ekonomi negara

Di samping itu, kita dapat meningkatkan ekonomi Negara. Ini menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan Negara sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat Negara kita. Pelancong asing akan tertarik dengan keharmonian Malaysia. Apabila ramai pelancong yang hadir, semakin banyaklah hotel-hotel dan kemudahan yang disediakan. Apabila pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan, ia akan mendatangkan keuntungan kepada Malaysia. Bukan sahaja Negara, ia dapat mengurangkan kadar penganguran di Malaysia. Hal ini kerana apabila semakin banyak hotel hotel yang dibuka, semakin ramai pekerja yang diperlukan.